Friday, December 17, 2010

masak memasak , anak anak

tentu semua ingat zaman kecil kecil dulu kita sering main masak masak dengan kawan kawan di kampong, macam macam ragam la, eh ada juga yang main kawin kawin, siap kompang lagi, tapi alhamdulilah zaman tu tak banyak pengaruh yang bukan bukab beb, zaman sekarang lain jangan buat kerja, main kawin kawin nanti lain pula jadinya, bahaya beb, kadang kadang amat menakutkan yek......

" eh sedap tak brown sos aku ni "

balik pada topic asal la kan.. sekarang ni di kala usia makin meningkat suatu yang amat membahagiakan aku
ialah bila anak anak ku berkumpul, semua ada di rumah hai tak bolih nak cakap aku rasa itulah saat yang ku kira tak mahu hilang kalau bolih biar la begitu selamanya tapi mereka ni belajar kan tentulah tak boleh duduk bawah ketiak lagi kan " apa boleh buaaaaaaaaaaaaaaaaat "  tapi aku percaya mereka mesti boleh ingat dan tak hilang sampai bila bila bau aku punya badan daaaaaaa. aku sayang la anak anak ku ya aku cakap kau.



" ayam masak tomato da..... he he "





maka dengan itu lah setiap kali mereka berkumpul di rumah ku aku akan mengambil alih tugas di dapor dari isteriku. aku akan pastikan apa jua dia nak mam aku masak. tak kira macam mana rasa itu lain punya cerita, tapi setakat ni mereka nampak amat berselera dengan masakan aku. aku kalau masak aku akan bayangkan
macamana cef dalam rancangan "AFC" masak terutamanya cef Yan yang begitu sampoi bila memasak dengan
style yang sangat menyeronokan, aku belasah beb memotong bawang laju macam mesin, melambong gorengan, mencampak campuran, memecah ,menghentak bawang putih, huh seronok dan itu lah yang anak anak ku suka tengok......terhibur la gitu kan, pas tu aku hias pula dengan cara ku yang tak pernah belajar masak ni . hanya belajar dari pengalaman aje dan yang best nya bila aku tengaok anak anak ku menikmati masakan ku tak boleh nak kata la puas hati aku beb.



" soup sayur campur , tak da sayur nanti jerwat naik da anak anak "


sekarang aku dah tau selera semua anak anak ku Rahimah ayam masak tomato, Suraya ayam masak sweet sour, Nur atiqah ayam masak kicap, Amirul ayam masak kari, Nur Syafiqah kecil lagi baru darjah 1 dia hantam aje  asal tak pedas. kadang  kadang anak anak ku komplen agar aku jangan selalu masak nanti aku penat tetapi sebagai abah dan ayah aku tak kisah itu semua, aku tak kaya tapi aku ingin menunjukan kasih sayang ku dengan sebaik mungkin kepada mereka dengan cara aku sendiri...........................sayang kamu semua nak!!!!!!!!!!!!!

2 comments:

  1. terima kasih abah masak untuk kita semua! hehehe
    masakan abah memang terbaiklah dari ladang.hehe

    ReplyDelete
  2. demi anak anak le pa salahnya, masak memasak, cerita bercerita, jalan berjalan, time bah kerja terpaksa le duduk rumah kan..

    ReplyDelete