Sunday, December 19, 2010

inspirasi cuti sekolah

Cuti sekolah tahun ini aku bawa anak anak ku ke pantai Sedili, pantai Tanjung Balau, Air terjun Sungai Bantang Bekuk dan Gunung Belumut, demi keselamatan aku tak benarkan anak anak ku mandi laut sebab aku tahu mereka tu semua tak mahir berenang, takut aku beb, tapi kat Air Terjun Sg. Bantang aku biarkan mereka bebas main air nak berendam ke, berenang ke sebab airnya tak dalam lagi pun keadaannya tak lah bahaya sangat, dalam melayan karenah mereka ni kadang kadang aku wat gila gila sikit tapi aku pesan dengan mereka agar rakaman aksi gila gila aku tak di lihat orang lain maaklumlah nanti ada orang kata bapa budak budak ni sewel kot ...alamak malu la aku beb, apa yang aku buat hanyalah sekadar nak hiburkan anak anakku je la!!!!!!!
aku ni masa anak anak kecil dulu memang aku sangat tegas sebab aku nak pastikan mereka semua ada disiplin dalam diri mereka tapi sekarang dah besar kan.. kena lah berbeza kan dalam mendidik anak ia dak,..sekarang mereka jadi kawan kawan dan sahabat yang baik pada aku.... bahagia la rasanya beb..aku doakan agar mereka sentiasa berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat dan aku selalu doakan mereka semua tak terperangkap dalam hutang...kerana hutang jadikan diri merana dan berat nak senyum ceria...susah nanti nak awet muda..fikir fikirkan ya anak anak!!!!!!!papai...salam....


No comments:

Post a Comment